Saya meminta cinta yang ikhlas dari awak,
Bukan luka dari kekasih lama,
Saya bukan dia yang meninggalkan awak terpana tanpa kata- kata,
Saya bukan dia yang menguris naluri lelaki awak dan melukai jiwa awak.
Saya hanya insan yang ingin cinta saya dibalas,
Kerana saya sayangkan awak.
Saya kasihkan awak.
Mengapa bayangan dia sentiasa melekat dengan mata awak,
Sampai setiap kali awak melihat saya,
Awak selalu memanggil namanya.
Kenapa awak tak yakin dengan cinta saya.
Kurang ke cinta yang saya berikan selama ini?
Terlalu sikit ke kasih saya pada awak,
Sampai awak tak dapat melihat hati saya di depan awak.
Awak keliru, dengan perasaan awak,
Sampai ada kala saya rasa awak tak pernah mencintai saya.
Setiap kali saya cuba memberi sedikit kepercayaan pada awak,
Tapi awak musnahkan kepercayaan saya.
Awak selalu robak hati saya dengan tipu hela awak,
Tetapi saya tetap sabah dan menerima semua ini.
Awak lukakan jiwa saya dengan racun masa silam awak,
Saya ambil semua ini dengan ikhlas, tanpa mengeluh penat
Walaupun semakin lama jiwa saya menjadi mati rasa,
Sehingga hati saya terguris hinggalah ia tak punya nyawa lagi.
Tapi awak, kalau awak punya sedikit ihsan,
Pusinglah kebelakang, lihatlah saya.
Saya janji, saya memaksa awak menerima saya apa adanya,
Kalau awak ingin saya lepapskan, saya rela ditinggalkan,
Asal awak janji pada saya yang awak akan terus berhidup,
Awak mesti janji pada saya yang awak akan mencari kebahagiaan.
Dan saya rela awak pergi, dari serus terseksa untuk membalas cinta saya.
No comments:
Post a Comment