Sunday, April 18, 2010

Doa kekasih

Kerana ada terlalu banyak perkara yang menyakitkan hati,
Terlalu banyak masalah yang sentiasa menguji perasaan kami.
Kerana terlalu cinta, Kerana kita terlalu menyanggi…
Di saat terakhir ini, Di hari perpisahan ini…
Kami cuba… Cuba sedaya boleh untuk terus memegang pada janji- janji kami,
Untuk cuba terus percaya pada cinta kami…
Tetapi sayang… semua dah ter lambat.
Hati yang di sakiti tak punya ubat penawarnya…
Semua itu harus di lepaskan juga…

Ya Allah…
Kami memiliki sekeping hati,
Hati yang kau berikan… dengan cinta ini yang kau hadiahkan
Kerana ingin dicintai dan mencintai,
Kau anugerahkan hidup kami dengan memiliki cinta ini.
Sesuatu yang begitu berharga dalam hidup hamba mu…
Tak terbalas kesyukuran kami terhadap mu…
Tetapi jika cinta ini datang dengan keresahan yang melukai orang lain…
Maka cinta yang dipertahan ini tak bererti lagi dalam hidup kami…

Sekarang aku mohon pada mu, Ya Allah…
Maafkanlah hamba mu.
Kami redha dengan keadaan kami.
Kau ubatilah kelukan di hati ini.
Kau ambil lah keperitan dan sengsaraan dari hati kami.
Berikan kami perluang untuk mencintai sesama diri,
Dengan secebis kebahagian di saat terakhir.
Kau hilangkan rasa dendam, marah dan kebencian dari hati kami.
Kau hapuskan airmata kami,
Kau lindungi hati kami dari terus disakiti…
Semua ini kau lakukan di hari perpisahan ini…

Ya Allah…
Di hari- hari akan datang,
Kau ringgankan beban di hati kami.
Kau bukakan pintu hati kami supaya kami dapat mencari ketenanggan.
Lalu kau kembalikan cinta dalam hidup kami.
Berikan hidup kami kesempatan untuk diubat luka ini dengan cinta yang lain.
Walaupun cinta yang kami alami itu indah…

Kami berdoa Ya Allah…
Kau berikan kami pertunjuk dan hikmah sebalik perpisahan ini.
Supaya orang yang kami sayangi bisa hidup degan kebahagiaan.
Biarpun atas kemuskilan yang menimpa hati kami.
Temukan kami dengan cinta sejati kami,
Kurniakan kami cinta seindah cinta Siti Khadijah buat Nabi Muhammad(s.w.a.)

Amin….

No comments: