Tuesday, September 11, 2012

Cinta Adam

Tanpa berkata... Tanpa perasaan...
Semuanya aku redha dengan takdir kita...
Aku membekukan Hatiku dari terus mencintainya,
Aku pergi dengan kerelaan hati sendiri,
Demi kebahagian dia segalanya akan aku lakukan,
Aku merobek Hatiku sendiri demi seorang Adam,
Kerana dia terlah melupai aku,
Dan pergi mencari cinta dari seorang Hawa,
Insan yang terlah menemaninya siang dan malam...
Dia yang mampu menenangkan jiwanya,
Dia yang mampu mengubati luka dalam hatinya,
Untuk apa aku cuba untuk menawar hatinya sekali lagi,
Kalau dia lebih yakin cintanya untuk yang lain bukan aku.

Meskipun aku sangat mencintainya,
Meskipun meninggalkannya jiwa aku terluka,
Meskipun kegelapan datang menjemput aku...
Meskipun aku sendiri menanggung kesunyian yang membasahi hati ini,
Aku tetap mendoakan Adam kau dipertemukan Hawa mu.
Suatu masa Jika Allah s.w.t mengembalikan ingatan mu,
Dan aku pun terlah pergi mencari kebahagiaan ku,
Aku sungguh mengharapkan kau...
Adam tolong relakan pemergian aku dengan redha,
Kerana disisih Mu kau terlah menemui permata hatimu.
Sudah tertulis ditakdir yang kita akan berpisah,
Jika aku mampu tulus dan ikhlas lalu redha dengan takdir ku,
Mengapa kau Adam harus marahi takdir ini?
Sedangkan Allah s.w.t. Terlalu menyangi hambanya tanpa batas,
Kita harus akur dengan suratan Takdir yang terlah dituliskan,
Mungkin aku bukan untuk mu, Adam...
Tiba masa janji yeh... Redhakanlah takdir....

No comments: