Seorang Ibu..
Dilahirkan dalam dunia,
Seperti ditakdirkan hanya
untuk disayangi,
Allah menjadikan bayi itu
sebaik sesuci cintanya pada insannya.
Dari kecil di sayangi oleh
seorang ibu,
Ibu yang membela penuh
dengan kasih,
Tak ternilai darjat dan
pengorbanan beliau.
Ibu yang penyabar bila
melayani kerenah kita,
Dari kecil beliau membela
kita,
Beliau yang menemani kita
siang dan malam,
Sentiasa bersama kita
disetiap langkah yang diambil.
Meskipun adakalanya kita yang
banyak sifat kekurangan.
Ibu seorang yang mempunyai
hati yang mulia,
Biarpun kita menyakiti
hatinya,
Walaupun adakala hatinya
hancur kerana kita...
Meskipun bertapa lama kita
ambil untuk menyedarinya,
Apa yang kita lakukan itu
adah satu kesalahan...
Seorang ibu tetap mampu
memaafkan.
Bukan senang untuk kita
memiliki cinta dan kasih beliau,
Cinta yang mampu mendamping
kita dalam susah dan senang,
Kasih yang mampu membawa
kita kejalan yang diredhai Allah SWT.
Allah menjadikan cinta
seorang ibu itu suatu keajaiban,
Allah SWT menjadikan sebaik
insan sebagai ibu,
Kerana hanya dia yang tahu
dan memahami,
Bertapa berat beban yang
dipikul oleh seorang ibu,
Dan bertapa dalam
pengorbanannya demi kasihnya tehadap seorang anak....
No comments:
Post a Comment