Beritahu aku tentang cinta dia,
Dia yang aku tak mungin mampu memiliki,
Beritahu aku tentang hatinya,
Dia yang aku rindui dari siang hingga ke malam hari.
Ingin ku tahu tentang insan yang mencintai ku,
Sepertimana aku mencintai mu, Ya Allah [s.w.t]
Setiapkali ku melihat wajarnya yang amat ku rindui,
Senyuman yang di hadiahkan, mengubati luka di hatiku.
Sedikit demi sedikit parut luka silam sembuh kenana dia.
Dia yang aku amat hargai dan terlalu mencintai,
Dia juga lah yang tidak mampu ku miliki.
Cinta... Yang Kau hadiahkan kini,
Tak sewajar untuk ku tadah menerimanya, ya Allah.
Kerana aku tak layak menjadi insan yang akan mendapingnya,
Semua yang terjadi dulu masih lagi aku hafal,
Kerana kesan parut yang ditinggalkan masih terasa atas kulit ku.
Bukan mudah untuk aku pergi kepadanya,
Kerana aku terlalu mencintai dia, keranamu Ya Allah.
Aku cuba yakinkan diri bahawa aku layak mencintainya,
Tetapi aku lebih mencintai diriku, Ya Allah...
Masa ... wahai masa, kaulah penawar hidup ku,
Tolong aku, bantu aku... lembutkan hatinya,
Supaya di suatu ketika bila aku harus meninggalkannya...
Hatinya akan merelakan pemergian ku dengan redha.
Bukan dengan pasrah...
Ya Allah, bukan aku tak bersyukur atas anugerahmu,
Tetapi aku ingin dia bahagia dengan cinta dari insan yang lebih layak dariku.
Aku bukan cinta yang di inginkan seperti yang dia katakan,
Aku insan biasa tergelumpuh dengan dosa dari masa silam,
Aku tak mungkin layak untuk mencintainya, Ya Allah.
Ya Allah.. kau berikan aku kekuatan,
Hentikan hatiku daripada mengiginkan cintanya,
Kau tabahkan hatiku daripada terus mencintainya,
Bawalah hatiku jauh dari dunia yang nyata,
Kerana yang nyata lebih menyakitkan dari agan-agan.
Lalu Kau berikan dia cinta sesuci cinta Nabi ku,
Temukan dia dengan insan yang ikhlas mencintainya,
Insan yang akan melembutkan nalurinya dan mendamaikan jiwanya,
Kerana itu lah akan menjadi hadiah terakhir dariku...
-Amin
No comments:
Post a Comment