Friday, May 11, 2012

Emelda... Awak


Emelda,
Awak terlalu baik buat saya,
Apa sahaja yang awak hadapi,
Semuanya awak lalui dengan tabah dan sabah,
Sudah terlalu lama saya melukai hati awak,
Awak dimaki dan dihina berulang kali,
Awak ditinggalkan sendirian untuk berdiri sendiri,
Awak yang menjaga Dania tanpa mengeluh,
Sentiasa sabah dan tenang berdiri menghadapi semua ini...
Terlalu lama awak disakiti kerana saya dengan Emera,
Rahsia yang awak pikul sampai sekarang,
Rahsia yang terlalu lama makan jiwa awak,
Tetapi awak tetap dengan pendirian awak,
Menyimpan rahsia itu sampai sekarang.
Awak terseksa and sepi kerana saya...
Kata maaf yang berulang kali saya ucapkan,
Tak mampu untuk mengembalikan maruah awak,
Yang terlalu lama terguris dan terluka.
Hati awak hancur kala awak mula mencintai saya,
Dan sayalah orang yang banyak kali menyakiti awak,
Meski pun saya sayangkan awak.
Meskipun awak sentiasa disalahkan kerana kemusnahan hidup saya,
Tetapi pada halnya, awak terlah menyelamatkan jiwa saya,
Dari terus berluka dan hanyut kerana masa silam.
Maafkan saya kerana melukai hati awak lagi.
Akan tetapi percayalah,
Kala saya dapat memutarkan semula saat ini,
Saya mahu terus berlari mendapatkan awak,
Sentiasa menjaga dan melindungi awak dari terluka.
Saya igin sentiasa berada disisi awak kala awak tidur,
Dan menjadi insan yang pertama awak lihat bila awak bagun.
Dan jika awak kembali lagi dalam hidup saya,
Saya berjanji akan beritahu awak tertapa saya sangat - sangat...
mencintai  awak seumur hidup saya.
terimakasih kerana memaafkan salah saya, dan mencintai saya...

No comments: