Emelda,
Awak terlalu
baik buat saya,
Apa sahaja
yang awak hadapi,
Semuanya awak
lalui dengan tabah dan sabah,
Sudah terlalu
lama saya melukai hati awak,
Awak dimaki
dan dihina berulang kali,
Awak ditinggalkan
sendirian untuk berdiri sendiri,
Awak yang
menjaga Dania tanpa mengeluh,
Sentiasa sabah
dan tenang berdiri menghadapi semua ini...
Terlalu lama
awak disakiti kerana saya dengan Emera,
Rahsia yang
awak pikul sampai sekarang,
Rahsia yang
terlalu lama makan jiwa awak,
Tetapi awak
tetap dengan pendirian awak,
Menyimpan rahsia
itu sampai sekarang.
Awak terseksa
and sepi kerana saya...
Kata maaf
yang berulang kali saya ucapkan,
Tak mampu
untuk mengembalikan maruah awak,
Yang terlalu
lama terguris dan terluka.
Hati awak
hancur kala awak mula mencintai saya,
Dan sayalah
orang yang banyak kali menyakiti awak,
Meski pun
saya sayangkan awak.
Meskipun awak
sentiasa disalahkan kerana kemusnahan hidup saya,
Tetapi pada
halnya, awak terlah menyelamatkan jiwa saya,
Dari terus
berluka dan hanyut kerana masa silam.
Maafkan saya
kerana melukai hati awak lagi.
Akan tetapi
percayalah,
Kala saya
dapat memutarkan semula saat ini,
Saya mahu
terus berlari mendapatkan awak,
Sentiasa menjaga
dan melindungi awak dari terluka.
Saya igin
sentiasa berada disisi awak kala awak tidur,
Dan menjadi insan
yang pertama awak lihat bila awak bagun.
Dan jika awak kembali lagi dalam hidup saya,
Saya berjanji akan beritahu awak tertapa saya sangat - sangat...
mencintai awak seumur hidup saya.
terimakasih kerana memaafkan salah saya, dan mencintai saya...