Friday, December 18, 2009

Belaian Ibu

Ibu...
Terlalu banyak masa meninggalkan kita,
Terlalu banyak pahitnya dari yang manis antara kita.
Terlalu banyak perkara menyakitkan hati kita,
Terlalu banyak rahsia antara kita,
Tak lupa juga pada tangissan yang sentiasa mengalir dari mata kita.

Orang akan berkata semua itu perkara biasa,
Kerana kita “ibu dan anak” yang penuh dengan kasih sayang dalam hati nya,
Mereka boleh kata apa pun...
Tapi pada hakikatnya..
Segala yang berlaku antara kita adalah satu sejarah yang menyedihkan.
Antara kita... ia bagaikan mimpi ngeri di waktu malam dan bayanggan nya sentiasa menghantui jiwa di siang hari...

Aku pernah melihat senyuman mu.
Kasih sayang yang kau curahkan pada insan yang baru kau lahirkan,
Cara kau memeluknya dengan lembut,
Sentiasa mendampingnya setiap saat,
Tak pernah ku lihat kau melepaskan tangannya.
Semua itu pernah ku lihat dari mata dan cara ibu ku buatnya.

Wahai Ibu...
Pernah kah kau melihat hati ku...
Yang menagih kasih sayang mu,
Yang mendahagakan perhatian mu,
Dan yang sentiasa rmerindui sentuhan mu.
Aku lah insan yang tanpa berkata,
Menyimpan seribu harapan yang terlalu lama terbuku di hati...
Sesuatu yang tak dapat kau rasakan.

Ingat kah engakau pada pertemuan kita yang pertama ?
Aku melihat kebencian dari mata mu,
Sesuatu yang tak pernah aku lihat bila kau bersamanya.
Kata- kata mu sangat menyakitkan hati..
Mana pergi kata- kata sayang yang pernah kau ucapkan padanya?
Aku menyedari diri ini, bagaikan masa silam yang tak harus diunggitkan.
Lalu kau pergi membawa diri,
Meninggalkan aku menagis sendirian.

Entah mana terletak silap ku...
Mungkin aku terlalu mengharap.
Bahawa suatu hari aku akan mendapatkan kasih sayang yang aku ingin kan.
Adakah aku tak dibenarkan untuk disayangi atau di hargai?
Adakah aku insan yang ditakdirkan untuk kehilanggan segalanya?

Akan tetapi... jika aku dapat memutar kembali pada saat pertemuan kita,
Aku tak akan menanya kenapa aku di tinggalkan?
Aku tak akan tanya apa pun....
Aku akan tetap berdiri di depan mu dan terus mengharap...
Mengharapkan secebis kasih sayang khas untuk aku....
Sekali aje....

No comments: