Saturday, October 10, 2009

kali terakhir

Yang terakhir...

Saya bukan insan yang penyerah,
Tetapi buat kali ini…
Saya sedah yang saya kalah dengan takdir..
kerana ia sudah menentukan jalan kita.
Ia itu perpisahan.... Saya menyerah.

Wahai kekasih...
Biarlah janji ditinggalkan janji,
Dan mimpi menjadi angan- angan.
Disini kita bertemu, disini juga akhirnya.
Saya tak mampu menipu dengan hati saya sendiri,
Bahawa saya tak punya kekuatan untuk terus menanti cinta awak.
Saya dah tak yakin dengan cinta lagi...

Saya cuba memahami keadaan yang menyakitkan ini,
Saya cuba untuk menerima kenyataan,
Bahawa ingatan awak mungkin tak akan kembali.
Tapi saya tetap sabah dan berdoa,
Agar suatu masa nanti awak bisa menganali saya...
Orang yang awak sangat sayang.

Tetapi saya lemah dan tak larat lagi,
Untuk terus hidup begini...
Cukup disini, saya merasa kepahitan ini...
Menagis setiap hari kerana awak,
Termakan hati sendiri,
Semua itu cukup untuk melukai sekeping hati saya.

Saya sedah awak banyak berubah.
Kerana dia kan...
Cara awak memandang dia lain,
Saya dapat rasa dalam hati awak sudah ada penggantinya.
Dan saya tahu awak mencintainya...
Jangan menafikan perasaan itu...

Biarlah saya berundur diri...
Saya akan lepaskan awak...
Jika itu mampu memberi awak ruang,
Dan jika itu dapat membahagiakan hati awak.
Saya rela...

Dulu... Awak pernah mengajar saya tentang cinta.
“Ia adalah anugerah dari Allah(s.w.t.) buat hambanya,
Allah mencipta cinta untuk hati yang tulus,tabah dah ikhlas.
Cinta dari pandang pertama akan menyusuk kalbu,
Menyentuh hati dan mendamaikan fikiran.
Cinta adalah harta yang tak ternilai harganya”

Tetapi saya mengenali cinta dengan sifatnya
Yang tulus dan keikhlasan.
Ia harus datang dengan sendiri.
Bukan cinta namanya jika harus dipaksa.
Kalau sekarang, saya terus paksa...
Itu bukan cinta sejati namanya.

Jangan sekali awak membenci saya,
Kala suatu masa ingatan awak pulih seperti dulu,
Sebab kepergian saya...Bukan kehendak saya,
Tapi keadaan yang memaksa saya membawa diri.
Walaupun saya ingin kita seperti dulu.
Saya redha dengan segalanya.

Walau apa pun yang terjadi antara kita..
Segala yang terjadi bukan salah awak
Ia adalah masalah keadaan dan jodoh kita.
Semua ini banyak mengajar saya erti cinta sebenarnya...
“Cinta itu adalah perjalanan,
Yang tak mudah diatasi cabarannya.
Yang manis itu adalah kebahagiaan,
Yang pahit itu adalah pengajarannya.
Cinta bukan sentiasa dimiliki tetapi diberi....”
Dan itulah hadiah terakhir dari saya buat awak...

No comments: