Wednesday, September 9, 2009

Keinsafan di waktu terakhir.

Aku sentiasa berlalu di hadapan masjid,
Dan tidak pernah sekali ku langkah masuk dalamnya.
Aku melihat luahnya sebagai satu bangunan yang tidak punya makna.
Tak pernah terlintas dihati ku ingin meziarahi rumah Allah(s.w.a.)

Waktu pertama aku menyahut seruhan Ilahi,
Yang begitu syahdu, sewaktu aku mula merasa kekosongan akan hidupku.
Saat yang aku hampir hanyut dari pangkar kehidupan,
Bila aku mula rasa tenggelam dengan dunia penuh kezaliman.

Apabila aku buntuh dengan cara kehidupan ku,
Hanya dengan setapak masuk ke dewan solat,
Kedengar Azan yang berkumandang tanda masuknya solat subuh.
Di situ juga hati ku sayuh dan tenang rasanya.
Walaupun tak ku faham erti Azan itu...
Namun dapat kurasa air jernih membasahi wajar ku.

Setapak masuk...
Setapak itu lah aku mula rasa rendah diri padanya.
Walaupun aku tidak pasti mengapa ada secebis rasa kesedihan di hati ku.
Namun aku bersyukur dengan ketenagan itu.
Dari masa itu lah aku menyedari bahawa perubahan perlu dibuat.

Berapa kali aku cuba mengenali agama islam,
Yang sudah hapir bertahun- tahun aku abaikan.
Walaupun aku lemah memahami erti surah-surah Al Quran,
Tetapi apabila ia di baca, perasaan ku mula bercampur...
Rasa keinsafan, keredhaan, kesyukuran,
dan ketenangan bila mendengarnya.

Apabila aku mendalami sunah-sunah rasul ku.
Sayuh rasa hati ku akan perjuangan hidup beliau.
Dari perjalanan hidup rasul ku,
Ia banyak memberi ku pengajaran dan panduan dalam hidupku.
Tidak lagi aku rasa kegelapan di hati ku.

Akan tetapi bila bab kematian di sentuh,
Aku menyedari begitu banyak masa telah ku abaikan.
Begitu banyak dosa- dosa yang ku lakukan tanpa menyedari keadaan.
Aku menyesal akan cara hidup ku yang dahulu.
Aku redha padanya, Aku mohon keampunan.
Aku insaf padanya.

Tertanya diri sendiri,
Sempat kah aku membetulkan keadaan?
Sebelum Malaikat Izrail menjumput ku kembali pada Ilahi.
Cukup kah iman ku, untuk ku bawak berdepan denganya?
Terjawab kah aku bila di soal oleh Malaikat Munkar dan Nakir di kubur ku?
Mampukah aku mencium pintu syurga?
Rasa tak sanggup ku terseksa di neraka....

Sambil ku membayangkan semua itu...
Rasa ketakutan mula menguasai jiwa ku.

No comments: