Tuesday, April 16, 2013

Bukan Saya .... Tapi Awak...


Bukan saya yang menyerah,
Tapi awak yang tak berjuang.
Bukan kerana saya lelah menunggu,
Tapi awak yang terus berlari jauh dari saya.
Bukan saya tak setia,
Tapi awak yang tak hargai kesetiaan saya.
Bukan saya tak mencintai awak dengan sepenuh hati.
Tapi awak yang tak mencintai saya lagi...
Saya telah cuba memberi yang terbaik,
Meskipun saya tahu yang saya tak sempurna,
Tapi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk awak.
Saya terima semua cemuhan dan kemarahan awak,
Walaupun hati saya terus terluka dengan perbuatan awak.
Tapi saya dah penat mencuba membuat awak mencintai saya,
Saya dah kalah dan mengalah dengan cinta awak
Saya dah tak mampu untuk mencorak dinding hati awak,
Saya redha takdir kalau awak perlu pergi dari kehidupan saya.
Dan saya berdoa supaya Allah SWT,
Menemukan insan yang mampu membahagiakan awak. Tetapi...
Kalau di suatu masa awak menyedari cinta yang awak telah leraikan,
Saya mengharapkan kala watktu itu hati saya masih untuk awak,
Dan jika ia bukan, saya berdoa awak tak lagi datang mencarinya.

No comments: