Bukan saya yang menyerah,
Tapi awak yang tak berjuang.
Bukan kerana saya lelah
menunggu,
Tapi awak yang terus berlari
jauh dari saya.
Bukan saya tak setia,
Tapi awak yang tak hargai
kesetiaan saya.
Bukan saya tak mencintai
awak dengan sepenuh hati.
Tapi awak yang tak mencintai
saya lagi...
Saya telah cuba memberi yang
terbaik,
Meskipun saya tahu yang saya
tak sempurna,
Tapi saya berusaha untuk
menjadi yang terbaik untuk awak.
Saya terima semua cemuhan
dan kemarahan awak,
Walaupun hati saya terus
terluka dengan perbuatan awak.
Tapi saya dah penat mencuba
membuat awak mencintai saya,
Saya dah kalah dan mengalah
dengan cinta awak
Saya dah tak mampu untuk
mencorak dinding hati awak,
Saya redha takdir kalau awak
perlu pergi dari kehidupan saya.
Dan saya berdoa supaya Allah
SWT,
Menemukan insan yang mampu
membahagiakan awak. Tetapi...
Kalau di suatu masa awak
menyedari cinta yang awak telah leraikan,
Saya mengharapkan kala
watktu itu hati saya masih untuk awak,
Dan jika ia bukan, saya
berdoa awak tak lagi datang mencarinya.