Kami sama - sama lelaki,
Mencintai seorang wanita bernama Qaseh.
Sama - sama ingin memilikinya,
Sama - sama ingin membahagiakan hidupnya,
Dan melindunginya dari bencana yang bakal mendatang.
Tapi aku.. Arash, Kini menyedari..
Qaseh bukan jodoh yang Kau tentukan untuk ku.
Dia datang kepada ku untuk mengenali erti cinta,
Tapi cinta yang suci itu adalah untuk Wahyu...
Dari aku dia belajar mencintai dirinya,
Dari aku juga dia mengenal erti pengorbanan Wahyu terhadapnya.
Demi memiliki hatinya dan menjadi yang terbaik buat Qaseh,
Aku melihat pengorbanan seorang lelaki bernama Wahyu.
Aku tahu dia banyak terluka kerana adanya aku dalam diri Qaseh,
Dan masa silamnya yang kami kongsi bersama.
Demi untuk memulihkan ingatan Qaseh,
Dia rela meninggalkan insan yang sangat di cintainya.
Demi kebahagiaan Qaseh dan aku...
Kerana padahnya...
Qaseh adalah pemegang hati dan nyawa beliau.
Buat pertama kali aku melihat air jernih membasahi wajarnya,
Memohon dan mengharapkan agar aku bisa menerima Qaseh kembali.
Di situ lah aku mempelajari... Cinta dan pengorbanan seorang suami.
Qaseh pun tahu... Siapa sebenarnya yang dicintainya..
Sayangnya bukan aku orang yang dicintai..
Dia menyangi aku setulus hati,
Tapi kasih dan cintainya hanya untuk Wahyu...
Bagaimana harus aku jelaskankan hati dan perasaan ku,
Kalau dari matanya aku lihat cahaya dan bayangan Wahyu...